Translate

Pendahuluan


    

Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SSNS SMK Za'ba, Kuala Pilah telah mengadakan mesyuarat ahli jawatankuasa pada 25 JAN 2019 dan telah bersetuju untuk menganjurkan "Karnival Amal Merdeka Za'ba bersama Parlimen Kuala Pilah, 2019" serta Agensi-agensi kerajaan lain. 

Karnival ini bertemakan bulan kemerdekaan dan ruang serta peluang untuk pihak sekolah serta masyarakat kuala pilah bersama-sama meraikan Bulan Kemerdekaan. Cadangan ini  telah mendapat persetujuan daripada  semua ahli jawatankuasa PIBG dan pihak sekolah  bagi  tujuan  mengumpul dana PIBG SSN SMK Za'ba untuk membolehkan pihak sekolah menjalankan pelbagai aktiviti yang melibatkan pelajar di Sekolah Sukan Negeri

Program ini adalah program 3 dalam satu iaitu melibatkan pendidikan, pemimpin dan masyarakat di Parlimen Kuala Pilah.  Hasil kutipan "Karnival Amal Merdeka Za'ba bersama Parlimen Kuala Pilah, 2019" ini  diharapkan dapat membantu pihak sekolah mewujudkan prasarana fizikal dan kemudahan pengajaran dan pembelajaran yang berkualiti.  Walau bagaimanapun,  usaha ini hanya  dapat direalisasikan jika mendapat  sokongan daripada semua pihak terutama komuniti setempat.