Translate

Objektif

Karnival Amal Merdeka Za’ba  ini merupakan usaha Persatuan Ibu Bapa dan Guru (PIBG) SSN SMK Za’ba untuk:

  • Merapatkan hubungan sekolah bersama pemimpin , agensi luar (NBOS)dan komuniti setempat dalam meraikan bulan Kemerdekaan berkonsepkan WIN –WIN SITUATION secara bersama disamping mengumpul dana PIBG  bagi membantu pihak sekolah merancang pelbagai program dan aktiviti bagi meningkatkan kecemerlangan dan kemenjadian pelajar-pelajar  dalam bidang kurikulum, sahsiah dan kokurikulum. 
  • Menyediakan pelbagai prasarana dan kemudahan fizikal bagi melonjakkan prestasi sekolah berdasarkan key performance indicators (KPI sekolah) seperti  pembangunan kelengkapan latihan sukan ,pembangunan Pusat Sumber Sekolah dengan menyediakan pelbagai kelengkapan pembelajaran maya dan program-proram lain .
  • Membiayai program-program tahunan PIBG, antaranya
  • Membeli alat tulis dan percetakan bagi menjalankan Seminar/Ceramah, Teknik Kemahiran Belajar, Teknik Menjawab Soalan Peperiksaan PT 3 dan SPM 
  • Membantu pasukan sekolah untuk pertandingan-pertandingan peringkat MSSD,MSSM dan KPM.
  • Menyediakan Anugerah Kecemerlangan Akademik dan Anugerah Kecermelangan Kokurikulum kepada pelajar yang telah mencapai kejayaan cemerlang dalam peperiksaan PT3 ,SPM dan Ko-kurikulum.
  • Mewujudkan Jaringan Dalaman Sekolah bagi menghubungkan setiap bahagian/unit di SSN SMK Za’ba.
  • Menjadikan sekolah sebagai salah satu saluran perpaduan kepada komuniti setempat.
  • Mempromosikan Parlimen Kuala Pilah sebagai tempat pelancongan khususnya di Negeri Sembilan melalui program yang diatau sepanjang Karnival ini (Sport and Tourism).
  • Meransang sumber ekonomi masyarakat setempat dan  komuniti  di Parlimen Kuala Pilah  amnya.