Saturday, October 13, 2012

Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM)


Makluman Kepada Semua.

Pengemaskinian Info Murid, Info Bapa/Penjaga Utama dan Info Ibu/Penjaga Kedua boleh dilakukan sepanjang tahun.

Nombor kad pengenalan murid boleh disemak oleh Pentadbir sekolah (Administrator APDM) dan guru kelas dalam paparan senarai murid. Sila kemaskini nombor kad pengenalan murid yang tidak tepat dengan data Jabatan Pendaftaran Negara (JPN)

Pentadbir sekolah (Administrator APDM) boleh reset semula katalaluan guru kelas melalui menu ‘Pendaftaran Kelas’.


Pengemaskinian Prasekolah tidak perlu dilakukan pada aplikasi ini disebabkan pelajar-pelajar tersebut telah didaftarkan pada Aplikasi SMPK.

Pentadbir sekolah (Administrator APDM) dikehendaki memastikan bilangan pelajar mengikut Darjah/Tingkatan dan Kelas adalah betul dan terkini. Setelah data tersebut tepat, urusan mengimport data APDM oleh SAPS dan SPPBS boleh dilakukan.
Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) akan mula membuka permohonan Tingkatan 1 dan Tingkatan 4 bagi sesi persekolahan 2013 ke Sekolah Berasrama Penuh (SBP) serta Sekolah Kawalan, SMKA, KAA dan KRK di bawah Jabatan Pelajaran Negeri (JPN) bermula 15 September 2012. Permohonan akan dibuka kepada guru kelas dan ibubapa/ penjaga murid Tahun 6 dan Tingkatan 3 dan akan menggunakan data Aplikasi Pangkalan Data Murid (APDM) sepenuhnya. Guru kelas Tahun 6 dan Tingkatan 3 dipohon memastikan profil murid dan ibubapa/ penjaga adalah terkini. Kegagalan guru kelas berbuat demikian boleh menyebabkan proses permohonan murid tersebut akan tergendala atau terganggu. Harap maklum.

Permohonan ke sekolah SBP dan Sekolah Kawalan (SMKA, SABK, KAA, KRK, Sekolah Kawalan dan Kelas Kawalan) dan pengesahan maklumat akademik bagi permohonan tersebut melalui guru kelas hanya boleh dilakukan mulai 21 september 2012. Ini bagi memberi laluan kepada permohonan melalui ibubapa/ penjaga terlebih dahulu. Harap maklum.

Aplikasi akan di tutup setiap hari pada pukul 12:00 AM hingga 12:15 AM setiap hari bagi tujuan penyelenggaraan 

No comments: