Monday, November 5, 2012

Kelayakan memasuki Sekolah Sukan Negeri Sembilan, SMK Za'ba


Asalammualaikum kepada saudara/i sekalian. Pengurusan Sekolah Sukan Negeri Sembilan amat mengalu-alukan penyertaan para pelajar di seluruh Negeri Sembilan untuk menjadi sebahagian warga Atlet SSNS SMK Za'ba.

Sehubungan itu, sekiranya anda berminat untuk menjadi sebahagian daripada Atlet SSNS SMK Za'ba, anda bolehlah berhubung dengan pihak pentadbir SSNS di talian 06-4811040

Permohonan kemasukan ke SSNS SMK Za'ba hendaklah berpandukan kriteria-kriteria yang telah ditetapkan oleh pihak pengurusan SSNS SMK Za'ba. Kriteria-kriteria tersebut adalah seperti di berikut:

  1. Pemohon yang mewakili Negeri Sembilan ke Majlis Sukan Sukan Sekolah Malaysia (MSSM) ke peringkat Kebangsaan  layak memasuki SSNS SMK Za'ba secara "AUTOMATIK".
  2. Pemohon yang mewakili Majlis Sukan-sukan Daerah (MSSD) ke peringkat Negeri perlu melalui Ujian TID yang dikendalikan oleh Jurulatih-jurulatih Sukan Prestasi Tinggi Sekolah (SPTS).
  3. Pemohon yang mendapat keputusan Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR) minimum 3A 2B dan pernah mewakili sekolah layak secara "AUTOMATIK" mengikuti Kelas Rancangan Khas (KRK) Sekolah Sukan Negeri Sembilan, SMK Za'ba.
*Kemasukan ke SSNS SMK Za'ba bergantung kepada kekosongan semasa dan kapasiti Asrama SSNS SMK Za'ba. Harap maklum.